
KIEV – Parlimen Ukraine bersidang dalam situasi huru-hara semalam apabila kalangan anggotanya bertindak membaling telur, bom asap dan bergaduh sesama mereka.
Sejumlah anggota Parlimen negara itu berbalas-balas tumbukan manakala seorang wakil rakyat dilihat memijak kepala anggota lain.


Situasi memalukan itu tercetus berhubung isu perjanjian melanjutkan pajakan sebuah pangkalan tentera laut yang menempatkan Armada Laut Hitam Rusia di Ukraine.
Kalangan wakil rakyat parti pembangkang berang kerana Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych memeterai perjanjian dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Dmitry Medvedev untuk melanjutkan pajakan pangkalan laut itu sehingga sekurang-kurangnya pada tahun 2042 yang dianggap sebagai menjual maruah negara.



Tidak dapat menahan kemarahan, beberapa wakil rakyat mula membaling telur ke arah Speaker, Volodymr Lytvyn yang memaksanya berlindung di sebalik dua payung hitam yang dipegang oleh dua pembantunya.






Seorang wakil rakyat pro-Barat kemudian membaling sebutir bom asap sebelum keadaan menjadi tidak terkawal dan pergaduhan tercetus.
Seorang anggota Parlimen, Andriy Shevchenko daripada blok pembangkang diketuai bekas Perdana Menteri, Yulia Tymoshenko mengetahui bahawa bom itu dibaling oleh anggota-anggota pembangkang.













Read more...
Huru hara dasyat dalam parlimen Ukraine
ajaibbenar, 28 April 2010VIDEO: Tupai pertahankan bangkai rakan
ajaibbenar,LONDON - Seekor tupai sanggup berhadapan bahaya demi mempertahankan bangkai rakannya daripada menjadi hidangan sekumpulan burung gagak, lapor sebuah akhbar semalam.
Sekumpulan burung gagak itu terpaksa melupakan niat untuk menjadikan bangkai seekor tupai yang mati kerana terdapat seekor tupai yang tidak membenarkan haiwan itu memakannya.
Satu rakaman video menunjukkan kesetiaan tupai tersebut terhadap rakannya sehingga ia sanggup menghalang tiga ekor burung gagak memakan bangkai rakannya di sebatang jalan raya.
Klip video itu dapat dilihat di laman YouTube dan ia telah ditonton oleh lebih 500,000 penonton.
Dalam rakaman tersebut, tupai itu melompat sambil menggerakkan ekor bagi memberi isyarat supaya burung gagak itu beredar.
Namun, seekor demi seekor gagak mendekati bangkai itu.
Tupai itu kemudian berdiri dan dilihat berbaring di tepi bangkai rakannya seolah-olah ia bersedia untuk menerkam burung gagak menyebabkan haiwan berkenaan melupakan hasrat untuk memakannya. - Agensi
Sumber: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm
Read more...
Ada apa dalam kuaci?
ajaibbenar,Gambar ini hanya sekadar untuk kita berhati-hati. Walau apa pun jenama, dan setinggi mana nilainya, tetap tak terlepas dari keburukan.




Read more...
Rekaan 100 Dollar US Sepanjang 150 Tahun
ajaibbenar, 27 April 2010Anda tahu Amerika menerbitkan wang 100 Dollar dalam bentuk yang baru? Berikut adalah koleksi dan informasi wang 100 US Dollar sepanjang 150 tahun yang lalu.
Terbaru, pada - 21 APRIL - 2010


1996


1990


1969

1966


1934


1928


1914


1890


1880


1878


1962


Read more...
Langgan:
Catatan (Atom)













