PERHATIAN!

Sila letakkan kredit blog 'AjaibBenar.blogspot.com' jika anda ingin berkongsi bahan-bahan yang ada di blog ini. - Team AjaibBenar.blogspot.com -

       
Video Panduan eBay  

Memaparkan catatan dengan label Pelik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelik. Papar semua catatan

Buku termahal yang hanya terdapat sebaris tulisan


Sebuah buku tebal yang bertajuk "The Onliest and The Deepest Secrets of The Medical Art" merupakan karya unik, ajaib dan termahal di dunia. Siapa menyangka buku yang hanya mempunyai beberapa perkataan biasa itu mempunyai harga US$ 20.000


Buku tebal ini sebenarnya adalah karya terakhir Boerhaave, seorang doktor Belanda yang menulis buku 'Elementa Chemiae' dan meninggal tahun 1738. Sebelum kematiannya, dia telah meninggalkan sebuah buku yang bertajuk 'The Onliest and The Deepest Secrets of The Medical Art' - 'Rahsia paling dalam dan satu-satunya dalam seni perubatan'.

Sewaktu buku itu dilelong, harganya naik sehingga US$ 20.000. Namun sewaktu dibuka lembaran helaian-helaian buku tebal itu, ternyata 99 dari 100 halaman tidak tertulis apa-apa. Hanya yang tertulis dalam buku setebal itu;
"Jagalah diri untuk tetap tenang, jagalah kaki agar tetap hangat, dan kamu akan menjadi doktor terbaik meskipun miskin"
Read more...

Siapa Kata Wanita Tiada Janggut?


Sesuatu yang pelik jika seseorang mempunyai sesuatu yang ada pada kaum jantina lawannya. Tapi itulah yang berlaku kepada Vivian Wheeler yang berusia 62 tahun berasal dari Bakersfield, California, Amerika apabila mempunyai janggut. Bahkan, bukannya sehelai dulu, bahkan sama lebat seperti seorang lelaki sebenar!


Sebenarnya Vivian sudah mempunyai misai dan janggut yang halus sejak umurnya 7 tahun. Ayahnya juga menyimpan kerisauan ke atas apa yang terjadi kepada anak perempuannya itu. Setiap hari cuba dicabutnya, namun tetap tumbuh semula dan semakin banyak. Sehinggalah umut Vivian mencapai 15 tahun dan janggutnya tetap tumbuh dengan lebat. Akhirnya, dia membiarkan saja tumbuh tanpa mencukurnya setiap hari.

Keputusan itu pulalah yang menorehkan nama Vivian dalam Guinness Book of World Record. Dia tercatat sebagai Wanita Berjenggot Terpanjang. Terakhir kali diukur, panjang jenggotnya mencapai 28 cm. Menurut medis, Vivian memiliki keturunan hypertrichosis, syndrome manusia berbulu lebat dan kelainan hormon.

Dengan keunikan yang ada pada dirinya itu, dia telah mengangkat namanya di dalam Guinness Book of World Record. Dia tercatat sebagai wanita berjanggut terpanjang. Terakhir diukur, panjang janggutnya itu telah mencapai 28cm. Menurut doktor, Vivian telah mengidap keturunan Hypertrichosis, iaitu sindrom manusia berbulu lebat dan kelainan hormon.
Read more...

Iklan-iklan kreatif yang semakin hebat

Iklan Insuran

Nationwide Insurance menggunakan bangunan-bangunan yang ada untuk menambahkan lagi efek iklannya.



Iklan Mcd

McDonald kreatif buat iklan di perhantian bas yang seakan-akan ada casher di belakangnya.


Iklan Nike

Iklan Nike yang menunjukkan kekencangan bola keluaran terbaru mereka.


Iklan FedEx

Iklan produk FedEx ini ditujukan untuk mempromosikan stabile.



Iklan The Economist

Iklan The Economist yang dibuat oleh Abbott mead Vickers BBDO ini merupakan sebuah billboard. Billboard ini memperlihatkan sinar lampu yang menyala setiap kali seseorang berjalan di bawahnya.


Iklan Seafood

Sebuah iklan oleh sebuah restoran di Mumbai, India. Iklan-iklan ini diletakkan di dalam kerang-kerang besar yang menyatakan “Looking for seafood? Spar Seafood festival!” wah, hebat!


Iklan Fitness

Beg yang berbentuk alat angkat ini diberikan kepada semua pelanggan yang keluar dari kedai Fitness.
Read more...

Denda Bagi Penconteng Dinding

Sesuatu yang menarik di Di China, kegemaran rakyatnya menulis iklan di dinding-dinding. Namun hukuman bagi kesalahan ini, sangat setimpal dan memalukan serta memenatkan juga! Pesalah akan diminta untuk memadam kembali apa yang ditulis. Bukan itu saja, mereka juga disuruh untuk memadam contengan yang lain juga. Amat meletihkan...









Read more...

Bergusti dengan anaconda di dalam air


Perlawanan manusia dan Anaconda yang berlaku pada tahun 1960 antara Ross dan anaknya Tom di dalam air.












Read more...

Jambatan gantung hanya diperbuat dari rumput


Qeswachaka, sebuah jambatan gantung yang terletak di selatan Canas di Cuzco, Peru. Jambatan ini dibina dari ikatan-ikatan rumput yang dikutip oleh penduduk setempat lalu disambungkan antara satu sama lain menjadi sehingga 210 meter panjangnya. Walaubagaimanapun, jambatan ini sentiasa diperbaharui pada setiap tahun.








Read more...

Kanak-kanak belajar gunakan kaki untuk makan

Kanak-kanak comel ini bernama Ali Srour. Sangat aktif dan mempunyai mental yang sihat seperti kanak-kanak normal yang lain. Walaubagaimanapun anak kelahiran Jordan ini dilahirkan tanpa tangan. Kini dia perlu belajar menggunakan kaki untuk semua pekerjaan seperti makan dan bermain komputer. Doktor menyifatkan kecacatan ini adalah berpunca dari faktor genetik dan keturunan.









Read more...

Video Pokok Rukuk


Gambar ini sebenarnya telah lama tersebar di internet. Namun ramai juga yang menduga bahawa ini adalah gambar rekaan, kerana kesahihannya boleh disangkal disebab ia adalah sebuah potret (suatu masa dahulu). Walaubagaimanapun, kini ramai yang telah pergi melihat sendiri pokok yang dalam keadaan rukuk tersebut.

Pokok yang seolah-olah dalam keadaan sedang rukuk tersebut terletak hanya 200km dari Sydney, Australia. Yang lebih menakjubkan, ia menghadap ke arah kiblat. Anda boleh mengkaji sendiri. Jika dilihat kedudukan pokok dari gambar sekarang dengan gambar yang pernah beredar diinternet suatu masa dahulu, tidak ada perbezaan.








Read more...

Batu karang terbesar dalam perut


Saiz baru karang yang biasa dijumpai adalah sebesar bola golf. Tapi kali ini seorang doktor telah menjumpai saiz yang lebih besar dari itu pada salah seorang pesakitnya. Amat mengejutkan, batu yang tinggal diperut pesakit itu selama ini adalah seberat 1.13 kg dan berdiameter 17 sentimeter.



Read more...

Mata biru kenan kucing





SAMARIANG: Pelik tapi benar. Itulah keajaiban berlaku ke atas bayi lelaki berusia 18 bulan yang didakwa terkena ‘kenan’ kucing apabila mata hitamnya bertukar biru selepas dua minggu dilahirkan.

Perubahan itu dipercayai berkait rapat dengan kegemaran ibu bayi berkenaan, Khatijah Kassim, 37 yang gemar membelai kucing bermata biru ketika baru beberapa minggu mengandungkan Zulfazli Zaidi.

“Sehingga saya melahirkannya, saya tertarik dengan seekor kucing bermata biru yang saya sendiri tidak tahu dari mana datangnya.

“Apa yang peliknya, selepas Zulfazli dilahirkan, kucing itu tidak kelihatan lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Semariang di sini, semalam.

Menceritakan bagaimana perubahan pada mata anaknya berlaku, Khatijah berkata, dia mulanya tidak menyedari perkara itu sehingga Zulfazli berusia dua minggu.

“Saya risau dan cemas ketika itu. Macam-macam saya fikir sehinggalah saya membawa Zulfazli ke klinik pakar untuk pemeriksaan.

“Tetapi, doktor pakar menjelaskan matanya normal. Lega hati saya kerana pada mulanya menyangka anak saya buta. Pada masa sama, saya juga hairan kerana ketika usianya kurang setahun, dia memiliki bulu kening panjang serta misai.

“Saya dan keluarga pelik bagaimana mata anak saya berwarna biru sedangkan tiada keturunan kami memiliki mata seperti itu,” katanya.

Khatijah mendakwa kelainan yang ada pada Zulfazli menyebabkan anaknya itu sering menarik perhatian orang ramai terutama ketika dibawa ke pasar sehingga ada yang meminta untuk bergambar.

Menurut Khatijah, satu lagi perbezaan yang dikesan ialah anak lelaki bongsunya itu lambat bertutur walaupun memanggil ibu atau ayah jika dibandingkan abang dan kakaknya pada usia sekarang.

“Pernah saya bawa Zulfazli ke pasar dan tidak semena-mena ada individu memegang tangannya untuk mengambil gambar,” katanya.

Menurut Khatijah, satu lagi perbezaan yang dikesan ialah anak lelaki bongsunya itu lambat bertutur walaupun memanggil ibu atau ayah jika dibandingkan abang dan kakaknya yang lain pada usia sekarang.

Sumber: Harian Metro
Read more...

Kanak-kanak yang telah menjadi buruh


Kanak-kanak ini telah menempuh alam pekerjaan sejak kecil untuk menampung keperluan keluarga mereka. Bermula jam 9 pagi mereka keluar bekerja hingga 6 petang. Hasil gaji yang diterima mereka hanyalah 700 taka (USD $10 @ RM 37) sebulan.



















Read more...

Related Posts with Thumbnails