PERHATIAN!

Sila letakkan kredit blog 'AjaibBenar.blogspot.com' jika anda ingin berkongsi bahan-bahan yang ada di blog ini. - Team AjaibBenar.blogspot.com -

       
Video Panduan eBay  

Memaparkan catatan dengan label sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sejarah. Papar semua catatan

Koleksi Gambar: Perang Vietnam


Perang vietnam mempunyai tiga peringkat. Peringkat pertama pada 1945-1954 iaitu peringkat pembebasan.tapah kedua Dari tahun 1954-1975, dimana peringkat penyatuan vietnam dan ketiga 1978-1991 dengan pendudukan vietnam keatas Kemboja. Semasa tercetusnya perang vietnam, terdapat tiga kuasa besar yang turut serta berperanan.Iaitruy amerika Syarikat, soviet dan china. Banyak bantuan dan sumbangan ynag telah diberikan oleh ketiga-tiga kuasa besar dalam Perang vietnam dan pasti ada sebab-sebab semndiri penglibatan mereka di vietnam. Penglibatan soviet di vietnam Mempunyai sebab sebab tersendiri. Penglibatannya tidak dapat diasingkan daripada kepentinagn politik dan ideologi. Dimana, soviet merupakan kuasa besar dunia yang berfahaman komunis yang ingin mempertahankan fahamana Komunisismenya. Dan Vietnam mendokong fahaman komunis, kerana itulah soviet membantu dan menyokong Vietnam



Sekutu Vietnam Utara termasuk Barisan Pembebasan Vietnam Selatan (Vietcong), Kesatuan Soviet dan China. Vietnam Selatan dibantu Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Korea Selatan. Sekutu Vietnam Selatan menghantar bantuan tentera untuk berjuang di Vietnam. Penglibatan tentera Amerika Syarikat sebenarnya bermula sejak tahun 1959 lagi, tetapi bilangan tentera yang terlibat kecil. Askar Amerika dihantar dalam jumlah yang besar ke Vietnam Selatan mulai tahun 1965 dan hanya berundur sepenuhnya dalam tahun 1973.

Peperangan ini mengorbankan ramai penduduk awam. Peperangan tamat secara rasminya pada 30 April 1975 apabila Vietnam selatan tewas keseluruhannya.

Kerajaan Vietnam Selatan dan sekutunya terdiri dari negara-negara Barat mencerminkan konflik ini sebagai penggunaan kuasa tentera sebagai cara untuk mengubah suasana politik melalui tentangan prinsip Komunisme bagi membolehkan mereka menyekat pengluasan pengaruh Komunisme oleh Soviet Union dan China di Asia Tenggara. Ini mencorakkan bentuk penentangan kuasa besar di masa-masa akan datang.

Kerajaan Vietnam Utara melihat peperangan ini sebagai satu perjuangan untuk menyatukan semula negara Vietnam di bawah pimpinan sebuah negara sosialis dan untuk menghalau pencoroboh asing – sebagai ikutan kepada penentangan mereka terhadap penjajahan Perancis.






















Sumber: Wikipedia
Read more...

Gambar Serangan di Pearl Harbor

Photobucket
Pada pagi 7 Disember 1941, pasukan kapal terbang dan kapal selam kerdil tentera laut Imperial Jepun di bawah pemerintahan Timbalan Laksamana Chuichi Nagumo, melancarkan serangan mengejut ke atas tentera laut Amerika Syarikat berpengkalan di Pearl Harbor, dan terhadap Kor Tentera Udara Darat "Army Air Corps" dan lapangan terbang Marin berhampiran di Oahu, Jajahan Hawai'i, sekarang ini dikenali sebagai Negeri Hawaii. Serangan ini telah dikenali sebagai Pengeboman Pearl Harbor dan Pertempuran Pearl Harbor tetapi, paling biasanya, Serangan ke atas Pearl Harbor atau secara ringkas Pearl Harbor.

Photobucket
Photobucket
Pada 26 November 1941 angkatan merangkumi enam kapal induk diperintah oleh Laksamana Madya Chuichi Nagumo. Jepun meninggalkan Teluk Hitokappu di Kepulauan Kuril dan menuju ke Pearl Harbor tanpa melakukan sebarang perhubungan melalui radio.

Photobucket
Pada pagi 7 Disember 1941, kapal terbang angkatan tersebut mengebom kesemua pengkalan tentera Amerika Syarikat di kepulauan Hawai (terbesar merupakan pengkalan udara tentera darat Amerika Syarikat di pengkalan udara Tentera Udara Hickam), dan kebanyakan kapal yang berlabuh di pelabuhan Pearl, termasuk "Barisan Kapal Tempur". Hampir kesemua kapal terbang Amerika dimusnahkan di atas tanah; hanya beberapa pejuang berjaya berlepas dan bertempur. Dua belas kapal perang dan kapal lain ditenggelamkan atau rosak., 188 kapal terbang dimusnahkan, 155 telah rosak dan 2,403 Amerika kehilangan nyawa mereka. Kapal perang USS Arizona meletup dan tenggelam menyebabkan 1,100 orang kehilangan nyawa, hampir separuh daripada orang Amerika yang mati. Badan kapal kekal menjadi tugu peringatan kepada mereka yang terkorban pada hari itu, kebanyakan mereka kekal di dalam kapal tersebut.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Matlamat serangan pada Pearl Harbor adalah untuk melumpuhkan tentera laut Amerika Syarikat di Pasifik, walaupun untuk sementara. Laksamana Isoroku Yamamoto sendiri menyatakan bahawa serangan yang berjaya sekalipun hanya memberikan setahun dua kebebasan bertindak. Jepun telah terbabit dalam perperangan dengan China selama beberapa tahun (bermula pada tahun 1937) dan telah merampas Manchuria beberapa tahun sebelumnya.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
dalam jangka masa panjang serangan ke atas Pearl Harbor merupakan malapetaka strategik bagi Jepun. Malah Laksamana Yamamoto, yang mencetuskan idea menyerang Pearl Harbor, telah meramalkan bahawa sungguhpun dengan kejayaan menyerang Angkatan Amerika Syarikat tidak akan dan tidak mampu memenangi perperangan dengan Amerika Syarikat, kerana keupayaan pengeluaran Amerika terlalu besar. Salah satu matlamat Jepun adalah untuk memusnahkan tiga kapal induk Amerika Syarikat yang diletakkan di Pasifik, tetapi tiada ketika serangan berlaku — Enterprise dalam perjalanan pulang, Lexington telah berlayar keluar beberapa hari sebelumnya, dan Saratoga berada di San Diego selepas pengubah-suaian di Limbungan Tentera Laut Puget Sound. Merosakkan kebanyakan kapal perang Amerika Syarikat dari bertugas, dianggap secara meluas— oleh tentera laut dan pemerhati sejagat —sebagai kejayaan cemerlang bagi pihak Jepun

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Read more...

Related Posts with Thumbnails