
MANCHESTER - Seorang remaja genius matematik, Jack Hurst memecah rekod tertinggi program kuiz menduga akal, Countdownt yang disiarkan di sebuah televisyen Britain pada Jumaat lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang merupakan pelajar Universiti Cambridge berusia 18 tahun dari Desford, Leicestershire itu memperoleh markah terkumpul 946 mata iaitu yang tertinggi sepanjang 28 tahun program berkenaan disiarkan oleh stesen televisyen Channel 4 selepas seminggu dia menyertainya.


"Dia telah menonton program itu selama tujuh tahun dan berlatih di laman web Countdown. Justeru, kami tahu dia akan berjaya," kata abangnya, Josh, 22.
Kuiz itu memerlukan peserta mencipta perkataan daripada huruf yang dipilih.
Hurst menewaskan saintis penyelidikan Jonathan Welti dengan memberikan jawapan potatoes, petunias and idolise.
Pada bulan depan, Hurst akan memasuki pusingan akhir kuiz itu bersama tujuh peserta lain yang memperoleh markah tertinggi sepanjang tahun ini untuk merebut hadiah utama yang merupakan satu set 29 buah kamus bersalut emas.
Rekod sebelum ini dibuat oleh pelajar ekonomi Universiti Warwick, Andrew Hulme pada Julai, 2009 dengan markah cuma 930 mata. - Agensi
Read more...
Remaja genius matematik pecah rekod kuiz televisyen
ajaibbenar, 26 Oktober 2010Lakukan pembedahan berpandukan SMS
ajaibbenar, 19 Oktober 2010
David Nott, seorang sukarelawan untuk kebajikan perubatan Perancis Medicin Sans Frontierescame cuba untuk menyelamatkan seorang budak lelaki yang berusia 16 di Congo, Africa. Lengan budak tersebut tercedara selepas di gigit badak air menurut laporan CNN.
Dr. Nott, 52 tahun, menyatakan bahawa budak tersebut dalam keadaan kritikal, hanya mempunyai kesempatan hidup yang hanya tinggal 2 atau 3 hari.
Operasi pembedahan yang amat rumit itu terpaksa juga dijalankan walaupun beliau sendiri belum lagi pernah melakukan pembedahan seperti itu. Dalam keadaan terdesak, beliau telah menghubungi Profesor Meirion Thomas dari London's Royal Marsden Hospital melalui SMS semasa pembedahan itu. Profesor Meirion Thomas telah membalas mesej dengan menghantar 10 langkah untuk melakukan proses pembedahan itu.
"Saya hanya melakukan apa yang disuruh." Kata Nott. Kini budak lelaki itu telah selamat dan pulih sedia kala.


Sumber: http://www.intomobile.com/2008/12/10/surgeon-uses-sms-text-message-instructions-to-save-congo-boys-life/
Read more...
Mata biru kenan kucing
ajaibbenar, 08 Jun 2010
SAMARIANG: Pelik tapi benar. Itulah keajaiban berlaku ke atas bayi lelaki berusia 18 bulan yang didakwa terkena ‘kenan’ kucing apabila mata hitamnya bertukar biru selepas dua minggu dilahirkan.
Perubahan itu dipercayai berkait rapat dengan kegemaran ibu bayi berkenaan, Khatijah Kassim, 37 yang gemar membelai kucing bermata biru ketika baru beberapa minggu mengandungkan Zulfazli Zaidi.
“Sehingga saya melahirkannya, saya tertarik dengan seekor kucing bermata biru yang saya sendiri tidak tahu dari mana datangnya.
“Apa yang peliknya, selepas Zulfazli dilahirkan, kucing itu tidak kelihatan lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Semariang di sini, semalam.
Menceritakan bagaimana perubahan pada mata anaknya berlaku, Khatijah berkata, dia mulanya tidak menyedari perkara itu sehingga Zulfazli berusia dua minggu.
“Saya risau dan cemas ketika itu. Macam-macam saya fikir sehinggalah saya membawa Zulfazli ke klinik pakar untuk pemeriksaan.
“Tetapi, doktor pakar menjelaskan matanya normal. Lega hati saya kerana pada mulanya menyangka anak saya buta. Pada masa sama, saya juga hairan kerana ketika usianya kurang setahun, dia memiliki bulu kening panjang serta misai.
“Saya dan keluarga pelik bagaimana mata anak saya berwarna biru sedangkan tiada keturunan kami memiliki mata seperti itu,” katanya.
Khatijah mendakwa kelainan yang ada pada Zulfazli menyebabkan anaknya itu sering menarik perhatian orang ramai terutama ketika dibawa ke pasar sehingga ada yang meminta untuk bergambar.
Menurut Khatijah, satu lagi perbezaan yang dikesan ialah anak lelaki bongsunya itu lambat bertutur walaupun memanggil ibu atau ayah jika dibandingkan abang dan kakaknya pada usia sekarang.
“Pernah saya bawa Zulfazli ke pasar dan tidak semena-mena ada individu memegang tangannya untuk mengambil gambar,” katanya.
Menurut Khatijah, satu lagi perbezaan yang dikesan ialah anak lelaki bongsunya itu lambat bertutur walaupun memanggil ibu atau ayah jika dibandingkan abang dan kakaknya yang lain pada usia sekarang.
Sumber: Harian Metro
Read more...
Laser senjata komando Israel tepat di dahi
ajaibbenar, 03 Jun 2010

Info:
NGO dari Malaysia akan menyertai satu konvoi terbesar didunia dalam misi untuk meruntuhkan halangan Zionis Israel Laknatullah terhadap Gaza dan menghantar pelbagai barangan keperluan asas kepada penduduk palestin yang selama ini dihalang oleh Zionis Israel Laknatullah.
Pelbagai badan NGO dari Malaysia telah menyatakan persetujuan untuk berganding bahu dan bekerjasama dalam menganjurkan program untuk mengutip dana terhadap krisis kemanusiaan melalui projek “Lifeline4Gaza – Break The Siege”.
Antara NGO yang terlibat:
• Coalition of Graduates of Higher Institutions of Malaysia (HALUAN)
• Malaysian Muslim Youth Movement (ABIM)
• Jemaah Islah Malaysia (JIM)
• Palestinian Center of Excellence (PACE)
• Aqsa Syarif, Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda)
• Pertubuhan Mawaddah Malaysia, and Viva Palestina Malaysia (VPM)
Konvoi Sebelum Ini
2006 – Terdapat 10 cubaan memasuki Gaza oleh pelbagai NGO dari seluruh dunia. Hanya beberapa cubaan yang bejaya.
2009 – Konvoi diketuai oleh Viva Palestina dan disertai oleh 320 sukarelawan melalui jalan darat sejauh 3000km dari U.K melalui Turki, Syria, Jordan, El-A’rish di Rafah, Mesir sebelum memasuki Gaza pada 6 Jan 2010. Terdapat 12 rakyat Malaysia telah menyertai rombongan tersebut. Meskipun konvoi ini berjaya memasuki Gaza, namun mereka gagal menghulurkan barang bantuan kepada penduduk Palestin.
2010- IHH mendapat sokongan penuh oleh kerajaan Turkin dan badan NGO dari 17 negara telah melancarkan kempen Lifeline for Gaza yang ke-4. Satu usaha besar-besaran telah dilancarkan dan konvoi kali ini akan menggunakan kapal melalui Laut Mediterranean dari Istanbul, menghala ke Cyprus dan akhirnya ke Gaza melalui jalan laut. Konvoi ini akan melibatkan lebih 20 buah kapal dan bot.
Kempen ini telah dicetuskan oleh Perdana Menteri Turki sendiri, Recep Tayyip Erdogan dan akan disertai oleh ahli politik dan hak asasi manusia dari seluruh duni yang simpati kepada keaadaan penduduk di Palestin.
Bantuan akan disalurkan terus kepada Gaza dengan menggunakan hubungan diplomatik Turki yang telah menandatangani Perjanjian Keselamatan dengan kerajaan Israel Laknatullah sejak Perang Dunia Ke-2. Perjanjian ini menunjukan bahawa Israel tidak boleh menggangu sebarang kapal dari Turki.
Kejayaan konvoi ini amatlah penting kerana kapal-kapal akan digunakan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza pada masa hadapan.
Donations in aid of the Lifeline4Gaza project can be made directly to the account below:
Account name : “TABUNG PALESTIN HALUAN”
Account number : 5644 9020 8528
Bank : Maybank Berhad
Web : http://www.lifeline4gaza.org
Read more...
Ribut Badai Melanda Riyadh , Arab Saudi
ajaibbenar, 26 April 2010
Pemerintahan Kerajaan Saudi Arabia pada Sabtu (24/4) lalu memutuskan untuk menutup Lapangan Terbang Antarabangsa Riyadh akibat hujan dan badai debu yang secara tiba-tiba menghentam kota tersebut.

Sementara itu, hujan deras mengguyur kota-kota kerajaan yang kaya minyak tersebut seperti Namash, Bani Amru, Wadi Ibn Hushail, Yaara, dan lain-lain.
Koresponden saluran televisyen Alarabiya dari Riyad melaporkan, hujan dan badai debu menyapu dan menghentam kota tersebut dengan sangat kencang. Lapangan terbang Riyadh pun ditutup selama dua jam lamanya sampai keadaan menjadi lebih baik.


Departemen Keamanan Sipil Saudi Arabia memperingatkan agar masyarakat di kota Riyadh dan sekitarnya untuk berhati-hati akan kemungkinan hujan yang lebih deras yang mengguyur kota-kota tersebut malam harinya. (AGS/aby)
Sumber: http://www.eramuslim.com/berita/dunia/hujan-dan-badai-debu-menghantam-riyadh.htm
Read more...
Gambar Letusan Gunung di Iceland
ajaibbenar, 21 April 2010
Kawasan luar bandar Iceland digegarkan semalam dengan gegaran-gegaran kuat daripada gunung berapi Eyjafjallajokull, yang terus menghamburkan abu yang menyebabkan berpuluh ribu penerbangan di seluruh Eropah dibatalkan.
Ibu negara, Reykjavik dan pusat-pusat penempatan lain terselamat daripada pencemaran tersebut apabila kepulan abu dari Eyjafjallajokull bergerak ke tenggara menghala ke benua Eropah, tetapi peladang dan ternakan di Iceland terpaksa berlindung di dalam bangunan apabila kawasan sekitar diselubungi abu.









Gambar dari udara


Angin yg bertiup dari utara menyebabkan abu letusan terbang ke arah selatan


Read more...












