PERHATIAN!

Sila letakkan kredit blog 'AjaibBenar.blogspot.com' jika anda ingin berkongsi bahan-bahan yang ada di blog ini. - Team AjaibBenar.blogspot.com -

       
Video Panduan eBay  

Kecoh telur rebus tanpa telur kuning


KUALA TERENGGANU: Seorang pemuda terkejut apabila telur ayam rebus yang dipotongnya tidak mempunyai telur kuning ketika membantu ibunya berniaga di Pasar Bukit Besar, di sini, semalam.


Keadaan menjadi kecoh seketika selepas kejadian pelik berkenaan diketahui peniaga pasar serta pelanggan gerai ibunya yang mengerumuninya untuk melihat telur berkenaan selain keletah beberapa individu yang menawar untuk membeli telur pelik itu.


Pemuda berkenaan, Muhammad Nor Firuddin Baharom, 21, berkata dia tercengang seketika apabila melihat telur rebus dibelah dua itu tidak mempunyai telur kuning sebelum kejadian pelik berkenaan disedari peniaga dan pelanggan gerai.


“Paling mengejutkan apabila segelintir pihak yang mengetahui mengenai kejadian itu tidak segan silu tawar menawar membeli telur berkenaan sehingga ada menawarkan RM500 untuk membelinya.


“Apabila ditanya faktor yang mendorong mereka menawarkan harga tinggi untuk telur berkenaan, mereka hanya memberi alasan ia boleh dijadikan ubat tanpa memberitahu jenis penyakit boleh dirawat menggunakannya.


“Memang pelik dan jarang berlaku telur ayam tanpa telur kuning, bagaimanapun saya menolak semua tawaran berkenaan kerana ingin menyimpannya sendiri tetapi tidak mengetahui kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan telur rebus itu tidak busuk serta tahan lama selain meletakkannya dalam peti sejuk,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.


Muhammad Nor berkata, sepanjang membantu ibunya membungkus nasi lemak di warung milik mereka, dia tidak pernah menemui telur ayam tanpa telur kuning.


Justeru, kejadian itu sedikit banyak mengejutkannya dan ahli keluarga selain berpendapat telur berkenaan pasti diminati pengamal perubatan tradisional di negeri ini.


“Mungkin telur pelik itu bernilai bagi sesetengah pihak dan ia mungkin memiliki 1,001 khasiat yang tersendiri. Saya berasa bertuah kerana menemuinya dan akan terus menyimpannya untuk tatapan orang ramai,” katanya.

Sumber: H.Metro
Read more...

Bergusti dengan anaconda di dalam air


Perlawanan manusia dan Anaconda yang berlaku pada tahun 1960 antara Ross dan anaknya Tom di dalam air.












Read more...

Gerhana Bulan Separa Sabtu Ini



KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa antara pukul 7.22 malam hingga 10.20 malam Sabtu ini.

Gerhana bulan itu akan bermula pada pukul 4.57 petang tetapi orang ramai tidak dapat melihatnya disebabkan bayangan penumbra Bumi yang kurang gelap dan bulan belum terbit dari ufuk.

Ia hanya boleh dilihat apabila bulan mulai terbit pada pukul 7.22 malam, kata kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (Angkasa) di sini pada Rabu.



Pada amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama bulan melintasi bayang Bumi.

Kali terakhir gerhana bulan separa berlaku pada 1 Jan lepas.

Angkasa akan menyediakan beberapa teleskop untuk orang awam menyaksikan gerhana bulan separa secara percuma dari pukul 8 malam hingga 10 malam di Planetarium Negara.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium.

-- BERNAMA
Read more...

Menara paling senget



Kini dunia memiliki satu lagi bangunan dan menara condong selain Menara Pisa. Capital Gate Tower, yang terletak di Abu Dhabi, Emirat Arab merupakan bangunan yang berketinggian 160 meter dan berkecondongan sehingga 18 darjah. Berbeza dengan menara pisa yang darjah kecondongannya hanyalah 4 darjah sahaja.

Yang menariknya juga, bangunan tersebut mempunyai 35 tingkat yang lantai didalamnya rata dan tidaklah condong seperti menara pisa. (kalau condong macam mana pulak??)
Kemungkinan bangunan ini bakal menjadi gedung membeli belah dan hotel mewah.



Read more...

Jambatan gantung hanya diperbuat dari rumput


Qeswachaka, sebuah jambatan gantung yang terletak di selatan Canas di Cuzco, Peru. Jambatan ini dibina dari ikatan-ikatan rumput yang dikutip oleh penduduk setempat lalu disambungkan antara satu sama lain menjadi sehingga 210 meter panjangnya. Walaubagaimanapun, jambatan ini sentiasa diperbaharui pada setiap tahun.








Read more...

Penipuan ular berkepala manusia terbongkar

Penemuan ular berkepala manusia pada tahun lalu telah menggemparkan penduduk Kabupaten Blitar dengan adanya siri video pula. Ramai yang pergi melihat sendiri keanehan ular tersebut yang mempunyai kepada manusia yang berambut panjang. Zamroji, warga Desa Sukosewu, Gandusari, Kabupaten Blitar; penemu ular tersebut telah mendapat perhatian ramai serta didatangi pengunjung yang berpusu-pusu ke rumahnya bahkan mendapat habuan wang yang lumayan bagi setiap kunjungan yang masuk ke tabung amalnya itu.


Berita ular berkepala manusia ini sebenarnya hanyalah rekaan beliau dan 5 sahabatnya, setelah diketahui dan disiasat oleh Dinas Peternakan Kabupaten Blitar. Wajah manusia tersebut hanyalah rekaan mereka, manakala badan ular tersebut telah diawet terlebih dahulu dan dijadikan sepasang tubuh ular yang berkepala manusia. Pihak polis telah menahan Zamroji dan wang yang dimiliki hasil penayangan ularnya itu telah pun disita.



sumber: http://www.zonaberita.com/jawa-timur/penemu-mumi-ular-berkepala-manusia-resmi-jadi-tersangka.html
Read more...

Umur tua lapan kali lebih cepat


LONDON: Walaupun secara zahir, dia kelihatan amat tua, jiwa Ashanti Elliott-Smith kekal seperti usia sebenarnya yang baru tujuh tahun.
Itulah masalah dihadapi Ashanti yang mengalami penyakit sindrom Hutchinson Gilford Progeria menyebabkan dia tua lapan kali lebih cepat berbanding sepatutnya.



Masalah itu menjadikan Ashanti berusia 80 tahun pada 2012. Hayat penghidap penyakit itu juga diramal berakhir ketika mencecah usia 13 tahun. Ketika ini, jika dia bermain dengan rakan sekelas atau mendengar muzik kegemarannya, Ashanti terpaksa menghadapi pelbagai masalah orang tua, seperti artritis dan lemah jantung.


Namun, bagi ibunya, Phobe, 24, dia melayan Ashanti sama seperti kanak-kanak lain dan memastikan anaknya gembira seperti sepatutnya.
Selain Ashanti, Phobe turut membesarkan seorang lagi anaknya yang berusia empat tahun.
Kata Phobe, Ashanti adalah budak yang ceria dan mudah dilayan.
“Saya berbangga dengan Ashanti kerana tidak menjadikan penyakitnya sebagai halangan,” katanya. Penyakit itu menjadikan Ashanti botak, manakala tangannya lemah untuk memegang sesuatu.

Ketinggiannya kini hanya kira-kira satu meter, dengan berat 12.7 kilogram - keadaan biasanya dialami budak berusia tiga tahun.
Apabila dia lahir pada Mei 2003, beratnya 2.3 kilogram dan kelihatan seperti bayi normal. Petanda awal Ashanti bermasalah dikesan Phobe apabila seluruh badannya menggigil. - Agensi



















Sumber Artikel: Harian Metro
Read more...

Kanak-kanak belajar gunakan kaki untuk makan

Kanak-kanak comel ini bernama Ali Srour. Sangat aktif dan mempunyai mental yang sihat seperti kanak-kanak normal yang lain. Walaubagaimanapun anak kelahiran Jordan ini dilahirkan tanpa tangan. Kini dia perlu belajar menggunakan kaki untuk semua pekerjaan seperti makan dan bermain komputer. Doktor menyifatkan kecacatan ini adalah berpunca dari faktor genetik dan keturunan.









Read more...

Related Posts with Thumbnails