BEIJING - Seorang petani China, Guo Feng, 53, terpaksa menerima  rawatan di Hospital Dada Jinan di sini kerana dia memiliki buah dada  terbesar di dunia sehingga sering mengganggu tugas hariannya, lapor  sebuah akhbar semalam. 
 Lelaki itu berkata, buah dadanya mula membesar 10 tahun lalu dan keadaan tersebut menyebabkan ramai penduduk tempatan sanggup berbaris panjang di ladang tenusu miliknya untuk melihat dan kemudian mentertawakan pula dirinya.
Mereka akan memaksa Feng memakai baju tebal sepanjang masa walaupun  semasa cuaca panas dan dia mendakwa terkilan dengan keadaan itu sehingga  pernah bercadang untuk memotong sendiri buah dadanya jika tiada sesiapa  yang mahu membantu.
"Saya sudah pergi dari sebuah hospital ke hospital yang lain tetapi  tiada siapa mahu menolong dan saya telah menghabiskan banyak wang untuk  pemeriksaan namun masih belum ada penyelesaian dan buah dada saya kian  membesar," katanya.
Seorang doktor, Zhang Lilan dari Hospital Dada Jinan berkata, beliau  sendiri tidak pernah melihat keadaan sedemikian sepanjang 30 tahun  bertugas sebagai pakar dan mengesahkan Feng adalah lelaki normal kecuali  bahagian buah dadanya. - Agensi
Sumber: http://kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2010&dt=0327&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm












