Xu Dahui Seorang mahasiswi di Institut Bioengineering Wuhan, China membuktikan kecintaan dan ketaatan kepada ibu bapa membolehkannya menjadi pelajar terbaik di kampusnya itu.
Bapanya yang lumpuh akibat dari penyakit pendarahan otak akut menyebab Xu Dahui membawa dan menjaga bapanya semasa berada di dewan kuliah dan juga di kantin kampus ketika dia berkerja.
Ibunya juga tidak sihat. Bermakna Xu Dahui terpaksa menjaga kedua-dua ibu bapanya. Pada waktu pagi, dia terpaksa bangun awal untuk membeli sarapan. Kemudian membangunkan bapanya dan menyiapkannya untuk pergi bersama ke kuliah yang perjalanannya mengambil masa sekitar satu jam.
Balik dari kuliah, Xu Dahui pula perlu menyiapkan makanan malam untuk ayah dan ibunya pula. Begitulah rutin harian anak yang taat ini demi menjamin kehidupan ibu dan ayahnya dapat disempurnakan.
Menjaga ayah yang lumpuh di dewan kuliah
ajaibbenar, 01 Jun 2010
blog comments powered by Disqus
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)