Perang vietnam mempunyai tiga peringkat. Peringkat pertama pada 1945-1954 iaitu peringkat pembebasan.tapah kedua Dari tahun 1954-1975, dimana peringkat penyatuan vietnam dan ketiga 1978-1991 dengan pendudukan vietnam keatas Kemboja. Semasa tercetusnya perang vietnam, terdapat tiga kuasa besar yang turut serta berperanan.Iaitruy amerika Syarikat, soviet dan china. Banyak bantuan dan sumbangan ynag telah diberikan oleh ketiga-tiga kuasa besar dalam Perang vietnam dan pasti ada sebab-sebab semndiri penglibatan mereka di vietnam. Penglibatan soviet di vietnam Mempunyai sebab sebab tersendiri. Penglibatannya tidak dapat diasingkan daripada kepentinagn politik dan ideologi. Dimana, soviet merupakan kuasa besar dunia yang berfahaman komunis yang ingin mempertahankan fahamana Komunisismenya. Dan Vietnam mendokong fahaman komunis, kerana itulah soviet membantu dan menyokong Vietnam
Sekutu Vietnam Utara termasuk Barisan Pembebasan Vietnam Selatan (Vietcong), Kesatuan Soviet dan China. Vietnam Selatan dibantu Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Korea Selatan. Sekutu Vietnam Selatan menghantar bantuan tentera untuk berjuang di Vietnam. Penglibatan tentera Amerika Syarikat sebenarnya bermula sejak tahun 1959 lagi, tetapi bilangan tentera yang terlibat kecil. Askar Amerika dihantar dalam jumlah yang besar ke Vietnam Selatan mulai tahun 1965 dan hanya berundur sepenuhnya dalam tahun 1973.
Peperangan ini mengorbankan ramai penduduk awam. Peperangan tamat secara rasminya pada 30 April 1975 apabila Vietnam selatan tewas keseluruhannya.
Kerajaan Vietnam Selatan dan sekutunya terdiri dari negara-negara Barat mencerminkan konflik ini sebagai penggunaan kuasa tentera sebagai cara untuk mengubah suasana politik melalui tentangan prinsip Komunisme bagi membolehkan mereka menyekat pengluasan pengaruh Komunisme oleh Soviet Union dan China di Asia Tenggara. Ini mencorakkan bentuk penentangan kuasa besar di masa-masa akan datang.
Kerajaan Vietnam Utara melihat peperangan ini sebagai satu perjuangan untuk menyatukan semula negara Vietnam di bawah pimpinan sebuah negara sosialis dan untuk menghalau pencoroboh asing – sebagai ikutan kepada penentangan mereka terhadap penjajahan Perancis.
Sumber: Wikipedia
Koleksi Gambar: Perang Vietnam
ajaibbenar, 07 Jun 2010
blog comments powered by Disqus
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)