PERHATIAN!

Sila letakkan kredit blog 'AjaibBenar.blogspot.com' jika anda ingin berkongsi bahan-bahan yang ada di blog ini. - Team AjaibBenar.blogspot.com -

       
Video Panduan eBay  

Kisah 'Sebenar' Tan Sri P Ramlee Terbongar!

Siapa yang tahu kisah sebenar P. Ramlee? Adakah anda tahu:
- P. Ramlee meniggal dunia dalam keadaan miskin dan mempunyai tekanan hidup
- Beliau pernah cuba di sabotaj oleh prosedur file di Singapura ketika nama beliau telah berada di kemuncak.
- Siapa pelakon popular yang cuba sabotaj P Ramlee?

Untuk ketahui semua ini, History Channel telah merakamkan sebuah dokumentari khas tentang kehidupan Tan Sri. Anda boleh tonton di Youtube atau download dari link di bawah ini..





Part 1
http://www.mediafire.com/?ucr58g8m16qe3bp
Part 2
http://www.mediafire.com/?e9z6abkrtql6nq4
Part 3
http://www.mediafire.com/?i96mgbprh33rqd2
Part 4
http://www.mediafire.com/?oqh7bbk0v5fqluc
Part 5
http://www.mediafire.com/?oxwkro7yf54rh26
Read more...

Kucing Terpanjang di Dunia



Seekor kucing di Amerika telah mendapat sandaran sebagai kucing terpanjang berdasarkan rekod dunia terbaru yang tercatat di dalam Guinness World Record.

Kucing yang bernama Stewie itu berusia 5 tahun dan mempunyai tubuh sepanjang 123cm dari mula hujung hidungnya hingga hujung ekornya.

"Kami menyedari tubuh Stewie yang panjang sekitar tiga tahun lalu," kata Mr Hendrickson kepada Reno Gazette-Journal. "Semua orang memuji dengan mengatakan, 'Panjang sekali kucing itu!' "

Pemilik kucing istimewa itu, Robin Hendrickson dan Erik Brandsness dari Reno, Nevada, mengatakan bahawa mereka telah membuat keputusan untuk mendaftarkan kucing mereka ke dalam buku rekod dunia itu setelah mendengar kekaguman orang ramai terhadap kepanjangan tubuh Stewie.Stewie telah mengalahkan rekod kepanjangan kucing sebelumnya yang berukuran 121cm.



Read more...

Buku nota Puteri Diana dipenuhi kesilapan



LONDON - Nota kelas peperiksaan 0-level milik mendiang Puteri Diana yang merupakan ibu kepada pewaris kedua takhta Britain, Putera William ditemui dalam tong sampah, lapor sebuah akhbar semalam.

Diana menulis nota dalam buku itu pada 1977 semasa dia berumur 16 tahun dan bersekolah di Sekolah West Heath Girls di Sevenoaks, Kent.

Dia gagal dalam semua peperiksaan O-level dan dalam notanya dipenuhi dengan banyak kesilapan seperti memanggil tokoh falsafah Yunani, Aristotle sebagai Aristocktile.
Pemiliknya, Yvonne Pullen dari Keighley, West Yorks berkata, bapanya menemui buku itu di dalam beg sampah semasa dia bekerja sebagai penjaga flat dekat rumah Diana di Istana Kensington.

Seorang pegawai lelongan, David Powell berkata, buku itu boleh dilelong pada harga antara £1,000 (RM4,986) hingga £1,500 (RM7,480).

Buku itu turut menunjukkan kelemahan Diana dalam bidang matematik apabila dia tidak dapat mengira £2.80 campur £8 dengan mencongak.

Puteri itu terpaksa menulis angka itu dalam buku tersebut untuk mendapatkan jawapan.
Pada 1997, Puteri Diana meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Paris bersama kekasihnya, Dodi Al-Fayed setelah dia bercerai dengan bapa Putera William, Putera Charles. - Agensi

Sumber: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm
Read more...

Buku termahal yang hanya terdapat sebaris tulisan


Sebuah buku tebal yang bertajuk "The Onliest and The Deepest Secrets of The Medical Art" merupakan karya unik, ajaib dan termahal di dunia. Siapa menyangka buku yang hanya mempunyai beberapa perkataan biasa itu mempunyai harga US$ 20.000


Buku tebal ini sebenarnya adalah karya terakhir Boerhaave, seorang doktor Belanda yang menulis buku 'Elementa Chemiae' dan meninggal tahun 1738. Sebelum kematiannya, dia telah meninggalkan sebuah buku yang bertajuk 'The Onliest and The Deepest Secrets of The Medical Art' - 'Rahsia paling dalam dan satu-satunya dalam seni perubatan'.

Sewaktu buku itu dilelong, harganya naik sehingga US$ 20.000. Namun sewaktu dibuka lembaran helaian-helaian buku tebal itu, ternyata 99 dari 100 halaman tidak tertulis apa-apa. Hanya yang tertulis dalam buku setebal itu;
"Jagalah diri untuk tetap tenang, jagalah kaki agar tetap hangat, dan kamu akan menjadi doktor terbaik meskipun miskin"
Read more...

Siapa yang membangunkan Facebook sebenarnya?



Kalau ditanya, siapakah yang membangunkan Facebook? Ramai yang akan menjawab 'Zuckerberg'. Adakah 'Zuckerberg ' seorang sahaja yang bertindak dalam team Facebook sehingga mencapai kejayaan pada hari ini?

Sandberg, Istri dari CEO SurveyMonkey, David Goldberg dan ibu kepada dua orang anak ini adalah antara orang terpenting dalam membangunkan Facebook hingga jaringan sosial itu kini mencapai keuntungan 1.6 milion USD.




Sejak 2 tahun lepas, Sandberg dilantik menjadi chief operating officer dalam Facebook memberikan Zuckerberg nilai tabah untuk syarikatnya. Antara kelebihan Sandberg, dia mempunyai hubungan yang erat dengan pelbagai syarikat pengiklanan terbesar di dunia. Pengalamannya berkhidmat dalam syarikat Google sebagai Vice President of Global Online Sales and Operations Google memberikan impak yang besar pula pada Facebook. Kini semua urusan operasi Facebook dibawah pemerhatiannya. Bahkan Zuckerberg selalu membuat perjumpaan tertutup dengan Sandberg untuk membincang hal yang berkaitan dengan syarikatnya itu.

"Kombinasi antara Mark dan Sandberg adalah alasan utama Facebook mampu untuk tumbuh menjadi besar," kata Donald Graham, the chairman of the Washington Post Company.
Read more...

Misteri imej wanita guna telefon bimbit pada 1928


LONDON - Imej seorang wanita misteri dalam filem The Circus lakonan pelawak terkenal, mendiang Charlie Chaplin pada tahun 1928 mencetuskan misteri apabila dia dilihat berbual dengan menggunakan sebuah telefon bimbit bersaiz kecil di telinganya, lapor sebuah akhbar semalam.

Mungkinkah dia seorang yang genius yang sedang menguji teknologi baru secara rahsia sehingga dia tidak menyangka gelagatnya yang sedang berbual seorang diri dengan tangannya seperti memegang satu alat seperti telefon bimbit telah dirakamkan oleh kamera filem berkenaan.

Dalam imej itu, tiada sesiapa pun yang berada berhampiran dengannya melainkan seorang lelaki berpakaian sut yang berjalan di depannya.

Lebih menghairankan, lenggok tubuhnya ketika bercakap seorang diri kelihatan sama dengan gaya orang yang berbual menggunakan telefon bimbit.

Penemuan itu dikesan oleh pemilik koleksi filem lama, George Clark.

Sejak penemuan itu, dia menunjukkan filem tersebut kepada lebih 100 orang namun tiada siapa yang dapat memberikannya penerangan yang meyakinkan berhubung gelagat wanita berkenaan.



Ada yang berpendapat wanita itu mendengar sebuah radio kecil.

Individu lain berpendapat wanita itu menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit schizophrenia.

"Satu-satunya teori saya ialah wanita tersebut merupakan seorang pengembara masa yang menggunakan telefon bimbit," kata Clark yang turut meletakkan klip video tersebut di laman perkongsian video, YouTube.

Dalam laman YouTube itu, terdapat adegan gerak perlahan yang menunjukkan wanita itu seperti sedang bercakap menggunakan telefon bimbit semasa dia berjalan dan berhenti pada satu ketika.
Read more...

Cuba teka, ini anjing sebenar atau patung?










Read more...

Galian perak dijumpai di bulan



Para saintis telah menyatakan bahawa permukaan bulan mempunyai ketulan-ketulan logam yang berharga. Mereka yang asalnya melancarkan sebuah roket Centaur untuk mencari air di bulan, terkejut dengan penemuan yang istimewa itu. Misi Lunar Crater Remote Observation dan Sensing Satellite (LCROSS) ini telah berjaya menemukan air dipermukaan bulan terutamanya dikawah yang bernama Cabeus. Ternyata permukaan bulan 5.6 peratus mengandungi air.




Penemuan ini menunjukkan bahawa tanah kawah tersebut jauh lebih kompleks dari apa yang dinyatakan sebelum ini. Ini kerana ia juga mengandungi merkuri, kalsium, magnesium, karbon monoksida dan dioksida, amonia, natrium, dan sedikit perak.

"Dengan penemuan yang khazanah berharga ini, bulan dapat disebut sebagai peti harta karun yang berisi material berharga yang tersimpan cukup lama. Apatah lagi dengan adanya kandungan air akan menjadi tentangan bagi tujuan pembongkaran yang akan dilakukan manusia," kata Dr. Peter Schultz dari Brown University,.

Sumber: http://www.telegraph.co.uk/science/space/8081722/Silver-found-on-Moon.html
Read more...

Remaja genius matematik pecah rekod kuiz televisyen


MANCHESTER - Seorang remaja genius matematik, Jack Hurst memecah rekod tertinggi program kuiz menduga akal, Countdownt yang disiarkan di sebuah televisyen Britain pada Jumaat lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang merupakan pelajar Universiti Cambridge berusia 18 tahun dari Desford, Leicestershire itu memperoleh markah terkumpul 946 mata iaitu yang tertinggi sepanjang 28 tahun program berkenaan disiarkan oleh stesen televisyen Channel 4 selepas seminggu dia menyertainya.




"Dia telah menonton program itu selama tujuh tahun dan berlatih di laman web Countdown. Justeru, kami tahu dia akan berjaya," kata abangnya, Josh, 22.

Kuiz itu memerlukan peserta mencipta perkataan daripada huruf yang dipilih.

Hurst menewaskan saintis penyelidikan Jonathan Welti dengan memberikan jawapan potatoes, petunias and idolise.

Pada bulan depan, Hurst akan memasuki pusingan akhir kuiz itu bersama tujuh peserta lain yang memperoleh markah tertinggi sepanjang tahun ini untuk merebut hadiah utama yang merupakan satu set 29 buah kamus bersalut emas.

Rekod sebelum ini dibuat oleh pelajar ekonomi Universiti Warwick, Andrew Hulme pada Julai, 2009 dengan markah cuma 930 mata. - Agensi
Read more...

Hebat! Kucing Berenang Di Tasik Dalam


Kucing ini ditemukan oleh seorang pemancing yang kebetulan berada di situ. Dari jauh kelihatan seperti botol terapung. Namun ternyata, ada kucing yang berenang dari seberang sana. Hebat bukan?
















Read more...

Related Posts with Thumbnails