PERHATIAN!

Sila letakkan kredit blog 'AjaibBenar.blogspot.com' jika anda ingin berkongsi bahan-bahan yang ada di blog ini. - Team AjaibBenar.blogspot.com -

       
Video Panduan eBay  

Pesawat tempur Amerika yang ganas


AC-130 merupakan sebuah pesawat tempur yg digunakan oleh tentera bagi sokongan pertempuran jarak dekat. Misi-misi lain termasuk pertahanan perimeter dan titik, pengiring, pendaratan, penurunan dan pengekstrakan zon sokongan, kawalan udara, dan operasi mencari serta menyelamat.



Pesawat berat ini dilengkapi dgn senjata sisi dan sensor canggih, sistem navigasi dan kawalan persenjataan bagi kadar masa tambahan. AC-130 telah digunakan secara efektif selama lebih tiga puluh tahun dalam memusnahkan kubu pertahanan dan sasaran2 lain. Satu kelemahan AC-130 ialah lazimnya serangan hanya boleh dilakukan pada waktu malam berikutan kendaliannya yang agak lemah dan sumber sasaran yg terhad kadangkalanya kurang tepat bagi mengenalpasti identiti sasaran.





Semasa Perang Vietnam, pesawat kelas ini telah memusnahkan lebih daripada 10,000 buah trak musuh dan telah di-kredit kerana byk membantu tentera darat dalam menyelamatkan mereka. Dalam Operation Desert Storm di Iraq, pesawat ini menyediakan pertahanan pangkalan dan sokongan udara jarak dekat untuk pasukan darat. Dalam satu misi, tentera Iraq telah berjaya menembak jatuh sebuah pesawat AC-130H mengakibatkan kesemua 14 krew petugas terkorban.






Antara misi-misi yg terlibat:

* Operation Urgent Fury - Grenada, 1983
* Operation Just Cause - Panama, 1989
* Operation Desert Storm - Iraq/Kuwait, 1991
* Operation Restore Hope - Somalia, 1992–94
* Operation Support Democracy - Haiti, 1994
* Operation Deny Flight/Joint Endeavor - Bosnia, 1993–99
* Operation Assured Response - Liberia, 1996
* Operation Allied Force - Kosovo, March-July, 1999
* Operation Enduring Freedom - Afghanistan, 2001–present
* Operation Iraqi Freedom - Iraq, 2003–present

Seunit AC-130H mempunyai kos bernilai US$132.4 juta. Kini terdapat lapan AC-130H dan tujuh belas pesawat AC-130U yang masih aktif dalam perkhidmatan.

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails