PERHATIAN!

Sila letakkan kredit blog 'AjaibBenar.blogspot.com' jika anda ingin berkongsi bahan-bahan yang ada di blog ini. - Team AjaibBenar.blogspot.com -

       
Video Panduan eBay  

Harry Potter kini di dunia nyata


Universal Orlando Resort telah pun menyebarkan gambar Taman Tema Harry Potter yang akan dibuka umum pada 18 jun ini. Kini, kisah khayalan penyihir kanak-kanak itu telah diterjemahkan dari komik ke dunia nyata.


Selepas melalui pintu gerbang yang menempatkan kereta api Hogwarts Express, pengunjung akan melihat bandar rekaan Hogsmeade yang dilitupi salji, bumbung-bumbung bangunan dan rumah yang kotor serta barisan kedai-kedai, tidak ubah seperti yang dipaparkan dalam buku dan filem.

Kedai konfeksi Honeydukes menawarkan coklat berbentuk katak dan gula-gula paling popular dalam siri filem Harry Potter, Bertie Bott's Every-Flavour Beans boleh didapati dalam pelbagai bentuk daripada buah pear hingga ikan.

Penulis buku-buku Harry Potter, J.K. Rowling sangat mementingkan perincian dalam kerjanya dan Universal Orlando dilaporkan terpaksa bekerja keras bagi memenuhi permintaannya.












blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails