PERHATIAN!

Sila letakkan kredit blog 'AjaibBenar.blogspot.com' jika anda ingin berkongsi bahan-bahan yang ada di blog ini. - Team AjaibBenar.blogspot.com -

       
Video Panduan eBay  

Budak 2 tahun merokok 40 batang sehari



Budak berumur 2 tahun dari Indonesia ini mampu menghabiskan 40 batang rokok sehari. Berat badannya makin bertambah dan masih tidak mampu untuk berjalan lagi.




JAKARTA - Polis melancarkan siasatan terhadap ibu bapa seorang kanak-kanak berumur dua tahun yang dilihat merokok dalam klip video di laman perkongsian video YouTube, kata seorang pegawai Indonesia semalam setelah klip video berkenaan mendapat perhatian di seluruh dunia.

Klip video itu menunjukkan seorang kanak-kanak berbadan gempal bernama, Ardi Rizal, ketawa sambil menghisap sebatang rokok ketika berbual dengan beberapa orang dewasa di sekelilingnya di sebuah kampung di Indonesia.

"Kita akan menyiasat ibu bapa kanak-kanak berkenaan," kata pegawai Kementerian Perlindungan Kanak-Kanak dan Wanita, Heru Kasidi.

Ardi dilaporkan menghisap sekurang-kurangnya 40 batang rokok sehari semasa berusia 18 bulan. - AFP (kosmo.com.my)




blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails